SeminitResepi

6 Petua buang kerak hitam kuali

Written on 03/08/2018
Syafiq Zahidi


1. Garam

Bahan yang paling mudah didapati di dapur anda adalah garam. Caranya, cuma panaskan air dalam periuk tadi dan masukkan sedikit garam. Kemudian, sentalkan dengan sudip sambil mengikis periuk tadi.

2. Soda Bikarbonat

Soda bikarbonat boleh digunakan bersama lemon atau cuka. Panaskan air dalam kuali hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat. Biarkan sejuk sebelum dicuci..

3. Cuka

Rebuskan cuka dalam periuk yang hangus tadi. Rendamkan seketika hingga periuk betul-betul sejuk. Kemudian, sental seperti biasa.

4. Lemon

Lemon juga terkenal sebagai bahan pencuci yang bagus. Caranya mudah, cuma potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.

5. Ubi Kentang

Caranya, letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak. Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.

6. Asam Keping

Ambil segenggam asam keping dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang anda ingin cuci. Biarkan mendidih di atas api buat seketika. Kemudian, tunggu sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk.