SeminitResepi

6 Jenis Masker Buah Untuk Lebih Cantik

Written on 02/11/2018
Syafiq Zahidi


1. Membuang Sel Kulit Mati

Kisarkan 50-100g betik bersama sedikit madu, Setelah sebati, oleskan pada wajah selama beberapa minit. Setelah kering, cuci wajah menggunakan air suam.

2. Menghilangkan Jerawat

Pukul sebiji telur kemudian perahkan 2 biji limau nipis. Gaulkan hingga sebati dan oleskan bahan tersebut pada wajah. Setelah keras dan kering, cuci wajah dengan air suam.

3. Mengurangkan Kulit Berminyak

Potong buah epal kepada beberapa bahagian kemudian kisar menggunakan blender tanpa menambahkan air. Setelah selesai, oleskan pada wajah selama 30 minit.

4. Menegangkan Kulit

Potong nenas kepada beberapa bahagian kemudian kisarkan hingga lumat. Oleskan pada wajah selama beberapa minit hingga kering. Setelah selesai, bilas wajah menggunakan air suam.

5. Menyegarkan Kulit Wajah

Hiriskan tomato kepada beberapa bahagian kemudian godokkan pada kulit wajah. Cara kedua pula adalah ambil air perahan tomato kemudian sapu pada wajah hingga kering.

6. Mengurangkan Kedutan Wajah

Kisarkan sebatang lobak yang dicuci bersih bersama 2 sudu madu. Kisarkan hingga sebati kemudian oleskan pada kulit wajah. Biarkan hingga kering dan bersihkan dengan menggunakan kapas yang dicelup air suam.

7. Mengatasi Kulit Kering

Ambil setengah biji aprikot dan masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan sebiji kuning telur dan 1/4 sudu susu segar. Kacau hingga sebati kemudian oleskan pada wajah. Biarkan 15-30 minit sebelum bilas menggunakan air suam.