1. Daging Ayam
Protein tanpa lemak bukan sahaja baik untuk otot bahkan juga membantu perut berasa kenyang tanpa menambah berat badan. Masak daging ayam dengan cara grill atau bakar.
2. Bijirin
Bijiran seperti multi-grain, crispies beras, emping merupakan makanan diet pada waktu malam. Makanan jenis ini mampu dicerna dengan mudah dan juga mengenyangkan.
3. Buah-buahan
Antara buah yang sesuai diambil lewat malam adalah seperti pisang, epal, pic, plum, ceri, anggur dan mangga. Selain dimakan terus, buah ini juga boleh diproses sebagai jus ataupun smoothie yang mampu mengenyangkan perut.
4. Kekacang
Kacang merupakan sumber tertinggi protein selepas bijirin dan lentil. Anda boleh cuba makan badam, pecans, walnut, pistachio untuk mengurangkan rasa lapar dan mendapat khasiat vitamin E
5. Susu
Segelas susu badam merupakan pilihan terbaik untuk memberikan tenaga untuk badan ketika lewat malam. Namun susu lembu biasa atau susu serbuk juga boleh diambil untuk memberi rasa kenyang pada waktu malam.
6. Oatmeal
Oat adalah pilihan makanan rendah lemak yang berkhasiat. Tambhakna buah-buahan dan susu bersama-sama dengan oatmeal untuk rasa yang lebih sedap dan mengenyangkan.