SeminitResepi

Cara asah pisau dengan Honing Steel

Written on 10/25/2017
Syafiq Zahidi


Pisau yang tumpul di dapur sangat merbahaya. Jadi kita perlu pastikan pisau kita sentiasa tajam.

Antara jenis pengasah pisau yang biasa digunakan adalah Honing Steel. Ini cara menggunakannya:

  1. Genggam pemegang Honing Steel seperti memegang raket badminton. Jangn lebih daripada penghadang keselamatan.
  2. Condongkan pisau 45°.
  3. Gosok dari pangkal pisau hingga ke hujung. Asah menggunakan keseluruhan Honing Steel.
  4. Ulang atas dan bawah sehingga pisau tajam.