1. Soda Bikarbonat
Buat pes daripada 2 sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan supaya ramuan itu meresap ke dalam kulit anda. Cara ini membantu membuang lebihan minyak, kotoran dan debu pada kulit muka.
2. Timun
Ekstrakkan jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus tersebut dan sapukan pada muka anda. Biarkan ia selama 20-30 minit sebelum dibilas. Sebaiknya lakukan setiap hari selama sebulan.
3. Oat
Campurkan 5 sudu madu dan 2 sudu susu tepung ke dalam 2 sudu oat. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka. Kemudian, urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering sebelum dibilas.
Sesuai diguna oleh mereka yang kulit jenis sensetif
4. Yogurt
Sapu yogurt pada muka dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Lakukan sekerap mungkin untu membuang minyak yang berlebihan dan membuang sel-sel kulit mati.
5. Ais
Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Ais dapat meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit dan seterusnya membina kulit yang lebih sihat.
6. Cuka Epal
Campurkan sedikit cuka epal ke dalam air. Kemudian gunakan kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.
7. Gula
Gaul 2 sudu gula, satu sudu minyak zaitun, sedikit lemon dan jadikannya sebagai scrub. Kemudian sapukan pada muka. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas. Cara ini dapat mengurangkan lubang pori yang terbuka.