SeminitResepi

Bagaimana wujudnya Seminit Resepi?

Written on 08/22/2017
Syafiq Zahidi


Haa.. Soalan ni ramai yang tanya kami. Bagaimana wujudnya Seminit Resepi? Jom kami terangkan macam mana Seminit Resepi ini dibangunkan.

Sebelum wujud Seminit Resepi

Ceritanya bermula si Along (Wan Syafiq) bergraduat dari universiti. Si Along ni taknak kerja bawah orang, bukan main ego lagi.. kiki.

Dia pun berniaga online di kampung dengan menjual servis online seperti design, buat website/aplikasi dan pemasaran online.

Masa Along mula berbisnes online, adik-adik semuanya masih belajar. Lepas 2 3 tahun, adik beradik lain masing-masing dah habis belajar tapi belum bekerja.

Cipta "kerja" sendiri

Disebabkan si Along ni kalau boleh nak satu famili kerja dekat-dekat, dia plan wujudkan satu bisnes untuk buat sama-sama antara adik beradik.

Si Along pun buat penilaian dalam adik-beradik.. Kekuatan/kelebihan setiap orang.

  • Along mahir dalam bisnes/pemasaran, video, design dan teknologi.
  • Angah jenis orang yang konsisten kalau buat sesuatu.
  • Cik Ain (no-3)  suka memasak dan bakery.
  • Si Fahmi  (no-4) mudah belajar sesuatu yang kompleks.

Dengan team macam ni, si Along decide gunakan Cik Ain punya minat sebagai tapak bisnes. Yang lain akan gunakan kelebihan masing-masing untuk bangunkan bisnes.

Bermulanya bisnes niche makanan, Lelicious

Haha.. Bila dah decide untuk gunakan minat Cik Ain sebagai tapak, sudah tentulah bisnes kami ke arah niche makanan.

Niat awal kami adalah ingin menjual kek dan pastry. Jadi kami wujudkan nama brand Lelicious dimana kami menjual juadah seperti scone dan pavlova.

Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni. Inilah cubaan pertama kami untuk bisnes dalam niche makanan. :)




Walaupun lebih 6 bulan pulun bisnes ni, kami still rasa macam tak boleh nak menjual sangat.

Contohnya macam scone ni sedap masa panas sahaja. Bila sejuk dah tak best. Susah nak jual.

Si Along pun rasa kene buat benda yang lebih cool untuk jana pendapatan sebab sudah lebih 6 bulan run tapi tak nampak bayang keuntungan.

Wujudnya idea Seminit Resepi

Si Along decide untuk ubah pendekatan bisnes dari jual makanan kepada tunjuk cara menghasilkan makanan. Senang kata tutorial memasak.

Sumber pendapatan pula berubah dari menjual makanan, kepada menjual slot iklan pada setiap tutorial masakan yang kami hasilkan.

Tutorial masakan mesti disampaikan dalam masa 1 minit

Di sebabkan orang sekarang nak cepat, tutorial masakan yang dihasilkan mesti disampaikan dalam masa yang singkat. Si Along pun decide untuk wujudkan brand baru dengan nama Seminit Resepi.

Dalam 3 hari si Along menyiapkan logo, website, facebook page dan youtube channel untuk Seminit Resepi. 



Itulah ceritanya bagaimana Seminit Resepi tercipta. Kami belum ceritakan lagi bagaimana cabaran dalam Seminit Resepi dan bagaimana kami menjana duit lagi.

Kalau nak tahu.. Nantikan sambungannya dalam ruangan blog ini ya :)