SeminitResepi

10 Tips memasak dari Gordon Ramsay

Written on 02/04/2018
Syafiq Zahidi


Kami nak share 10 tips memasak dari Gordon Ramsay, ala chef yang popular kat MasterChef tu.

  1. Potong herba - Susun daun herba dan gulung tanpa terkoyak. Gunakan pisau tajam dan hiris
  2. Buat buah cepat masak - Simpan buah yang belum masak dalam bekas bersama pisang. Simpan ditempat gelap.
  3. Kupas dan potong mangga - Potong mangga kepada 2 bahagian dan gariskan dengan bentuk tile segi empat. Terbalikkan isi dan potong.
  4. Hilangkan pijar cili - Perahkan lemon dan sapu pada tangan.
  5. Masak kentang -  Sebelum rebus, gunakan air sejuk. Bila kentang masak, kulitnya akan tertanggal dengan mudah.
  6. Kupas kiwi - Potong dua buah kiwi dan cedok dengan sudu.
  7. Potong lada benggala - Buang tangkai kemudian potong dari atas ke bawah. Ratakan potongan lada dengan kulit luar menghadap papan pemotong dan hiris.
  8. Nanas yang masak - Tarik 1 daun nanas. Jika mudah tercabut, maka nanas itu sudah masak.
  9. Ikan/daging cepat masak - Belah sedikit pada permukaan daging untuk mempercepatkan masak.
  10. Makanan tahan lama -  Makanan seperti buah boleh tahan lama jika direndam bersama air dengan sedikit perahan lemon.