Resepi Nasi Arab Mangkuk Tingkat - Seminit Resepi

Nasi Arab Mangkuk Tingkat



Bahan Sup

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang kayu manis
  • 1 tsp jintan
  • 1 tsp biji ketumbar
  • 2 helai daun salam
  • 2 tbsp minyak sapi
  • Air secukupnya
  • 2 tbsp serbuk sup mewah
  • Garam
  • Ayam secukupnya

Bahan nasi

  • 2 tbsp minyak sapi
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 helai daun salam
  • 2 tbsp rempah mandy
  • 1 pack beras basmathi mewah
  • Air rebusan ayam
  • Air secukupnya
  • Kekacang
  • Garam
  • Safron

Bahan Sambal

  • 1 biji tomato
  • 6 tangkai cili padi
  • 1 tangkai cili hidup
  • 4 helai daun ketumbar
  • Gula
  • Garam

Cara-cara

  1. Tumis rempah kasar untuk sup bersama minyak sapi dan bawang putih. Apabila sudah naik bau, masukkan serbuk sup mewah. Tambah kan sikit air.
  2. Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya. Perasakan dengan garam dan gula

  3. Untuk nasi pula, rendamkan beras seketika. Tumis kan bawang putih dan daun salam bersama minyak sapi hingga naik bau. Kemudian tambahkan rempah mandy, tumis seketika.

  4. Tambahkan air dan beras. Masak nasi seperti biasa.

  5. Untuk sambal, kisar semua bahan.

  6. Nasi arab mandy mewah sedia dihidang