Resepi Bubur Biji Salak - Seminit Resepi

Bubur Biji Salak



Dapatkan S&P Santan anda sekarang : https://invol.co/cl8ofg8

Bahan-bahan

  • 500 g keledek
  • 5 tbsp gandum
  • 3 tbsp gula
  • 2 tbsp s&p santan kurang lemak
  • Secubit garam

Bahan air gula

  • 2 keping gula melaka
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 2 tbsp air tepung jagung

Cara-cara

  1. Kukus keledek hingga empuk, lalu lenyekkan.
  2. Campurkan kesemua bahan td dan gaul rata.

  3. Bulat2 kan adunan lalu ketepikan sebentar.

  4. Sementara itu, masak air gula melaka hingga gula larut. Jangan masukkan tepung jagung dahulu.

  5. Apabila gula dah masak, masukkan adunan keledek yang dibulatkan tadi. Biar hingga keledek terapung.

  6. Kemudian masukkan air tepung jagung. Masak sebentar.

  7. Ambil sedikit bubur, lalu tuangkan s&p santan kelapa original.

  8. Sedia dihidang