Resepi Nasi Arab Ayam Harvist - Seminit Resepi

Nasi Arab Ayam Harvist



Jangan lupa dapatkan Red Palm Oil Harvist_official: https://invol.co/cl8m4b7

Bahan Sup Ayam

  • 3 keping thigh ayam
  • 1/4 tsp jintan manis
  • 1/4 tsp jintan putih
  • 1/4 tsp biji ketumbar
  • 1 tbsp minyak bawang putih
  • Garam
  • Air secukupnya

Bahan perap ayam

  • 1 tbsp minyak cili
  • 1 tbsp minyak bawang putih
  • Serbuk perasa
  • 1/2 tbsp minyak bijan

Bahan nasi

  • 2 pot beras basmati direndam
  • 2 helai daun salam
  • Rempah kasar 3 sekawan
  • 1 tbsp minyak sapi
  • 4 biji bawang putih

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan sup, lalu rebus hingga ayam empuk.
  2. Keluarkan ayam dan perap dengan bahan perapan selama 30 minit. Lalu bakar menggunakan air fryer.

  3. Untuk nasi, cairkan minyak sapi, kemudian masukkan rempah kasar, daun salam dan bawang putih.

  4. Masak seketika lalu masukkan beras.

  5. Tambah kan air rebusan ayam tadi dan masak seperti biasa.

  6. Nasi arab sedia dihidang bersama salad. Selamat mencuba