Resepi Mee Wantan - Seminit Resepi

Mee Wantan



Bahan Sup

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ketul dumpling
  • 10 ekor udang
  • 5 ketul Fishball
  • Air secukup nya
  • 1 tbsp garam
  • 1/4 tsp AJI-NO-MOTO®️
  • 2 helai daun sup
  • 1 tsp serbuk lada sulah

Bahan kicap perapan

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 tbsp kicap pekat
  • 2 tbsp kicap cair
  • 1 tsp gula
  • 1/2 cawan sup

Bahan perapan ayam

  • 2 keping Paha ayam
  • 2 tbsp kicap perapan

Bahan lain

  • Sawi celur
  • Mee wantan

Cara-cara

  1. Buat sup terlebih dahulu, tumis bawang putih hingga perang. Setelah itu, masukkan air secukupnya.
  2. Masukkan pula bahan-bahan lain dan biar hingga masak. Akhir sekali, taburkan daun sup.

  3. Untuk perapan kicap, tumis bawang putih hingga perang, lalu masukkan semua bahan lain. Biar menggelegak. Ketepikan.

  4. Perapkan ayam dengan bahan perapan ayam sekurangnya 1 jam, lalu bakar atau panggang.

  5. Celur kan mee wantan sebentar, lalu bilas dengan air. Gaulkan dengan kicap perapan.

  6. Mee wantan sedia dihidang dengan sup, ayam panggang dan sawi celur. Selamat mencuba