Resepi Pulut Panggang Udang - Seminit Resepi

Pulut Panggang Udang



Dapatkan minyak dari Harvist_official : https://invol.co/cl85rro

Bahan pulut

  • 1 cawan pulut
  • 1/2 cawan santan
  • Sedikit garam

Bahan inti

  • 10 ekor udang
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 tbsp udang kering*
  • 1/2 tsp jintan putih*
  • 1/2 tsp jintan manis*
  • 1 inci halia*
  • 2 biji bawang merah*
  • 1 batang serai*
  • 1/2 biji kelapa parut muda
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 tbsp garam
  • 2 tbsp gula
  • 2 tbsp Minyak cili
  • 1 tbsp Minyak bawang putih

Cara-cara

  1. Rendam pulut 30 minit, lalu kukus hingga masak. Setelah itu, kacaukan dengan santan dan garam. Kukus lagi 5 minit. Sejukkan
  2. Kisar bahan bertanda * sehingga halus.

  3. Panaskan red palm oil lalu masakkan udang seketika. Setelah itu, tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Jangan lupa masukkan minyak cili dan minyak bawang putih.

  4. Apabila sudah naik bau, masukkan kelapa parut dan air. Masukkan juga garam dan gula.

  5. Masak dengan api perlahan sehingga kering. Sejukkan

  6. Ambil sedikit pulut kepalkan, lalu letakkan inti ditengah.

  7. Balut dengan daun pisang, lalu kuncikan dengan lidi.

  8. Pulut sedia dipanggang menggunakan air fryer atau atas api. Selamat mencuba