Resepi Nasi Lemak daun pisang - Seminit Resepi

Nasi Lemak Daung Pisang



Untuk dapatkan Periuk Nasi Comel dari Giselle boleh ke : https://invol.co/cl5r66b Nanti 9.9 ada Mega Sales di Shopee !

Bahan nasi

  • 2 pot beras
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia muda
  • Santan + air secukupnya
  • 1 helai daun pandan
  • Perasa

Bahan sambal bawang

  • 1/2 biji bawang holland*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 3 tbsp cili kisar
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang serai
  • 1/2 biji bawang holland hiris
  • Gula
  • Perasa
  • Air secukupnya
  • Asam jawa

Bahan lain

  • Telur rebus
  • Timun
  • Ikan bilis
  • Daun pisang
  • Surat khabar

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan nasi dan masak, lalu sejukkan.
  2. Untuk sambal, kisar bahan bertanda * dan tumis bersama cili kisar hingga pecah minyak

  3. Setelah itu, masukkan daun pandan dan serai ketuk. Tambah gula untuk bagi warna sambal cantik.

  4. Tambah sedikit air dan bawang holland yang dihiris. Perasakan dan sedia dihidang

  5. Sila rujuk video cara membungkus nasi lemak. Selamat mencuba.