Resepi Roti Butterscotch - Seminit Resepi

Roti Butterscotch



Untuk dapatkan Bread Maker dari PerySmith Malaysia boleh ke shopee : https://invol.co/cl5ohfe

Bahan caramel candy

  • 1/4 cawan gula kastor
  • 2 1/2 tbsp dairy whipping cream
  • Sedikit garam

Bahan roti

  • 165ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 300 gram tepung roti
  • 6 gram yis kering
  • 4 tbsp gula kastor
  • 3 tbsp gula perang
  • 1 tsp bread improver
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tbsp margarin

Cara-cara

  1. Masak gula hingga perang lalu masukkan whipping cream. Kacau rata.
  2. Tuang dalam bekas lalu sejukkan sekurang2 nya 2 ke 3 jam.

  3. Untuk roti, dengan menggunakan bread maker perysmith, gunakan menu no 10. Biarkan sampai mesin siap

  4. Setelah siap, bahagikan doh kepada 3 bahagian dan uli. (Sila rujuk video cara membentuk doh)

  5. Perap doh selama 30-40 minit atau memenuhi 3/4 loyang.

  6. Bakar suhu 150c-160c selama 25-30 minit atau sehingga masak. Sedia dihidang