Kek Pop untuk Raya Haji



Untuk dapatkan Serbuk Koko Van Houten Malaysia dari Dmart.my boleh klik link ini : https://www.dmart.my/SalePage/Index/2...

Bahan Kek

(Bahan kek A)

  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Esen vanila​​

(Bahan kek B)

  • 1/2 cawan tepung kek
  • 1 tsp baking powder

Bahan Choc Ganache

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula
  • 2 tsp tepung jagung
  • 1 cawan susu segar
  • 1 tbsp butter
  • Secubit garam
  • Esen vanila
  • Coklat salut
  • 100 gram choc ganache
  • 50 gram semi sweet choc

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan A kecuali telur dan kacau rata. Buka api perlahan dan masak sehingga suam sahaja
  2. Kemudian masukkan telur dan kacau rata

  3. Masukkan jugak bahan B. Kacau rata

  4. Kukus loyang 6 inci selama 15-20 minit. Sejukkan

  5. Untuk choc ganache, satukan kesemua bahan dan masak hingga pekat.

  6. Ambil sedikit choc ganache dan campurkan choc cip, kacau rata

  7. Sila rujuk video cara pembuatan. Sejukkan kek 20 minit sebelum di celup ke dalam choc.

  8. Sejukkan dan selamat mencuba