Donut Gebu Gebas



Untuk dapatkan Bread Maker dari Russell Taylors : https://t.productlink.io/a0538zi

Bahan-Bahan

  • 280 gram tepung gandum
  • 160 gram susu segar
  • 6 gram yis kering
  • 25 gram butter
  • 20 gram gula
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • 1/2 tspn bread improver
  • 1/2 tspn baking powder

Cara-cara

  1. Satukan susu segar yang suam dengan yis aktif. Biar kan 5 min atau hingga ia berbuih.
  2. Dalam mangkuk bersih, satukan tepung, butter, garam, dan juga bread improver. Gaul hingga menjadi kasar.

  3. Masukkan air yis dan telur kedalam adunan tepung. Uli seketika kemudian perapkan hingga ianya membesar 2 kali ganda.

  4. Apabila adunan sudah membesar, tumbukkan adunan dan bentukkan bulat-bulat. Perap lagi 15 min.

  5. Jika gunakan bread maker, tuang semua bahan dan gunakan menu no 10.

  6. Goreng donut menggunakan minyak yang banyak dan pastikan minyak tidak terlalu panas, tidak juga terlalu suam.

  7. Apabila donut sudah sedikit suam, gaul kan dengan gula. Ambil lidi, tebukkan tengah-tengah donut, dan paipkan dengan nutella atau pun apa sahaja inti yang anda suka. Sedia dihidang.