Resepi Tosei Kari Ayam - Seminit Resepi

Tosei Kari Ayam



untuk dapatkan produk dari Giselle : https://shopee.com.my/giselleha

Hand blender : https://t.productlink.io/a05338s

Multi Cooker : https://t.productlink.io/a05338t

Bahan Tosei

  • 2 tbsp dhal putih
  • 6 tbsp beras
  • 2 tbsp nasi
  • 1 tsp yis kering (optional)
  • Garam
  • Air

Bahan Kari Ayam

  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 tbsp cili giling
  • 3 tbsp serbuk kari
  • 4 ketul dada ayam
  • 2 biji kentang
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Gula

Cara-cara

  1. Rendam kan dhal dan beras sekurang nya 6 jam. Kemudian kisar bersama nasi dan sedikit air
  2. Pastikan kisar hingga halus. Masukkan yis jika mahu, dan perap 2 jam. Atau pun, jika tidak mahu yis, perapkan semalaman.

  3. Apabila mahu masak, letakkan sedikit garam.

  4. Untuk kuah kari ayam, tumis daun kari terlebih dahulu dan masukkan bawang dan cili. Tumis hingga pcah minyak.

  5. Setelah itu, msukkan serbuk kari ayam dan air. Tumis lagi hingga pecah minyak.

  6. Kemudian, masukkan pula ayam dan masak sebentar.

  7. Tuangkan air, dan kentang. Biar hingga empuk. Perasakan dan sedia dihidang