Keledek Banjir - Seminit Resepi

Keledek Banjir



Bahan Keledek

  • 220 gram keledek manis
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 2 tbsp gandum
  • Air secukup nya jika perlu

Bahan Kuah

  • 1 kotak santan pekat
  • Sedikit air
  • 2 tbsp sagu mata ikan
  • Gula
  • Garam
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Kukus keledek manis dan lenyekkan. Setelah itu, satukan dengan tepung.
  2. Uli sehingga adunan lembut. Tambah air jika perlu.
  3. Rujuk video cara membentuk adunan.
  4. Kukus lagi keledek yang sudah dibentuk tadi
  5. Untuk membuat kuah, masak sagu terlebih dahulu. Setelah itu, masukkan pandan dan santan
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Sedia dihidang