Roti Manis Air Fryer - Seminit Resepi

Roti Manis Air Fryer



Bahan-bahan

  • 290 g tepung roti
  • 165 ml susu segar
  • 35g butter
  • 1 tsp bread improver
  • 1 tsp baking powder
  • 8 tbsp gula kastor
  • 11g yis
  • Secubit garam
  • 1 biji telur

Bahan Sapuan

  • Kuning Telur

Cara-cara

  1. Satukan yis dan juga susu suam, kemudian perap 10 minit.
  2. Sementara itu, di dalam mixing bowl, satukan tepung dan butter. Ramas-ramas dan masukkan bahan lain kecuali telur dan gula
  3. Apabila yis sudah kembang, masukkan gula dan kacau rata.
  4. Tuangkan adunan yis ke dalam bowl. Pecahkan telur dan mix menggunakan hook attachment.
  5. Mix selama 5 minit dan perap 30minit atau doh membesar 2 kali ganda. Ulang proses ini sebanyak 3 kali.
  6. Rujuk video cara menyediakan roti. Perap roti dan sapukan kuning telur.
  7. Panaskan air fryer, bakar suhu 170c selama 15 minit. Sedia dihidang