Creampuff Ondeh-Ondeh - Seminit Resepi

Creampuff ondeh ondeh



Bahan Coux

  • 100 ml air
  • 20 gram unsalted butter
  • 1/2 cawan tepung kek
  • 2 biji telur A
  • Pandan paste Warna hijau dan kuning
  • *Air jika perlu

Bahan Custard

  • 50 ml air
  • 1 tbsp tepung kastad
  • 2 tbsp gula
  • Gula melaka paste

Bahan Lain

  • 1 cawan non dairy whipping cream
  • Hawaian coconut

Cara-cara

  1. Di dalam periuk bersih, satukan air dan juga butter. Masak hingga mendidih. Masukkan pandan paste dan pewarna.
  2. Kemudian masukkan tepung kek dan masak seketika.
  3. Sejukkan adunan terlebih dahulu sebelum masuk telur.
  4. Masukkan telur satu per satu. Jika adunan terlalu pekat, boleh tambahkan air sedikit.
  5. Paipkan coux ke atas loyang, semburkan sedikit air untuk puff jd lebih gebu.
  6. Bakar suhu 180 selama 30 min. Biar seketika.
  7. Masak kastad terlebih dahulu. Kemudian sejukkan.
  8. Ambil bowl bersih, satukan whipping cream dan juga kastad yg telah sejuk tadi.
  9. Pukul hingga kembang.
  10. Paipkan krim ke dalam coux yg telah sejuk. Kemudian golekkan dengan hawaian coconut tadi.
  11. Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.