Resepi Nasi Goreng Telur Isi Ketam - Seminit Resepi

Nasi Goreng Telur Isi Ketam



Resepi : Nasi Goreng Telur Isi Ketam

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Nasi goreng

  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi
  • 1 tsp udang geragau gering
  • 1/2 cawan sayur campur
  • 1 cawan nasi sejuk
  • Perasa

Bahan Telur

  • 2 biji telur
  • 5 keping isi snow crab

Cara-cara

  1. Kisar kasar bahan bertanda * dan tumis sehingga naik bau dan garing

  2. Setelah itu, masukkan sayur campur dan perasa. Biar sehingga masak.

  3. Akhir sekali masukkan nasi dan ketepikan.

  4. Di dalam pan bersih, masak isi ketam terlebih dahulu, lalu masukkan telur. Biar separuh masak.

  5. Tuangkan atas nasi tadi. Selamat mencuba