Resepi Ovomaltine Leleh Kek - Seminit Resepi

Ovomaltine Leleh Kek



Resepi : Ovomaltine Leleh Kek

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan A

  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 2 biji telur
  • Esen vanila

Bahan B

  • 1 cawan tepung kek
  • 1 tbsp baking powder

Bahan Krim Cheese

  • 100 gram cream cheese
  • 1/2 cawan whipping cream (apa2 saja)

Bahan Lain

  • 2 tbsp ovomaltine
  • 1/2 cawan whipping cream

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan kek A ke dalam periuk, suamkan sahaja sedikit kemudian masukkan telur. (Tutup api setelah suam) Kacau rata.

  2. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata.

  3. Masukkan ke dalam loyang 6 inci dan kukus selama 20-30 minit. Sejukkan dan potong kek mengikut bekas yang dikehendaki.

  4. Kacau cream cheese dan whipping cream sehingga kembang. Ketepikan

  5. Panaskan whipping cream, kemudian masukkan ovomaltine. Kacau rata.

  6. Sila rujuk video cara menyediakan kek.

  7. Sejukkan dan sedia dihidang. Kek tersangat lah sedap. Selamat mencuba