Resepi Ayam Percik Klate - Seminit Resepi

Ayam Percik Klate



Resepi : Ayam Percik Klate

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • Ayam 4 bahagian
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 batang serai*
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 asam keping
  • Gula
  • Garam

Cara-cara

  1. Kisar halus bahan bertanda * dengan sedikit air.

  2. Kemudian rebuskan ayam dengan bahan kisar tadi sehingga ayam hampir masak

  3. Perasakan sedikit garam dan gula ketika merebus ayam.

  4. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dan masukkan santan pekat.

  5. Rebus sehingga pekat atau sedikit pecah minyak

  6. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula. Kuah percik mestilah manis sedikit.

  7. Bakar ayam tadi dan sapukan dengan kuah percik beberapa kali. Ayam percik putih klate style sedia dihidang