Resepi Bakso Homemade - Seminit Resepi

Bakso Homemade



Resepi Bakso Homemade

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Bebola Daging

  • 500 gram daging
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 5 tbsp tepung ubi
  • 1 tbsp lada sulah
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit air

Bahan Sup

  • Air rebusan
  • bebola
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • f1/2 inci halia 1 batang serai Lada sulah Lada hitam Kiub daging

Cara-cara

  1. Kisar daging menggunakan The Baker 5 artisan.

  2. Masukkan sekali bawang putih semasa mengisar daging

  3. Setelah itu, masukkan daging ke dalam mangkuk dan satukan bahan lain. Kacau rata dan sejukkan di dalam peti selama 30 minit.

  4. Sementara itu, tumbuk lumat bawang putih, bawang besar dan halia. Serai perlu dititik sahaja

  5. Apabila daging sudah sejuk, panaskan air sehingga menggelegak, kemudian kecilkan api.

  6. Bulat-bulatkan bebola dan rebus sehinggga daging timbul. Ketepikan

  7. Dalam periuk bersih, tumiskan bahan tumbuk bersama sedikit minyak sehingga garing

  8. Masukkan air rebusan bebola tadi dan perasakan.

  9. Bakso sedia dimakan bersama bihun dan kuah kicap. Selamat mencuba