Resepi Permata Zamrud- Seminit Resepi

Permata Zamrud



Resepi : Permata Zamrud

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Inti

  • 1/2 biji kelapa parut muda
  • 2 keping gula melaka
  • Daun pandan
  • Sedikit air

Bahan Kuah Putih

  • 1 kotak santan
  • Sedikit air
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1 tbsp tepung gandum
  • 1 tbsp tepung jagung
  • Sedikit garam

Bahan Kulit

  • 1 cawan tepung pulut
  • Pandan emulco
  • Air

Cara-cara

  1. Untuk buat inti, satukan gula melaka dan air serta daun pandan.

  2. Masak sehingga gula cair.

  3. Kemudian masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering. Ketepikan

  4. Untuk buat kuah putih, satukan kesemua bahan dan kacau rata. Masak sehingga berwap sahaja. Ketepikan

  5. Untuk bahan kulit, adun semua bahan dan uli sehingga doh tidak melekat. Sila rujuk video cara penyediaan.

  6. Kukus selama 5 minit dengan menggunakan periuk tekanan Russell Taylors. Selamat mencuba