Resepi Kokko Tart - Seminit Resepi

Kokko Tart



Resepi : Kokko Tart

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Tart

  • 125 gram butter
  • 50 gram gula aising
  • 1biji kuning telur
  • 225 gram tepung gandum
  • 25 gram sebuk koko
  • 1tspn esen vanila

Bahan Kek

  • 1 biji telur
  • 30 gram tepung kek
  • 5 gram serbuk koko
  • 30 gram gula kastor
  • 20 ml air
  • 20 ml minyak jagung
  • esen vanila
  • 1 tsp ovelet
  • 1/2 tsp baking powder

Bahan Puding Kokko

  • 1 cawan susu segar
  • 1/4 cawan Kokko Malt
  • 2 tbsp kastad

Topping

  • 1 cawan non dairy whipping cream
  • Sedikit Kokko Malt

Cara-cara

  1. Kacau butter dan gula aising sehingga sebati, kemudian masukkan kuning telur dan kacau rata.

  2. Masukkan lain-lain bahan dan uli sehingga sebati.

  3. Leperkan dan letak ke dalam loyang tart bersaiz 7 inci.

  4. Cucuk dasar dengan garfu dan bakar 150 selama 20 minit. Sejukkan.

  5. Di dalam mixer, pukul semua adunan kecuali minyak jagung sehingga gebu.

  6. Masukkan minyak jagung dan kacau secara kaup balik sahaja.

  7. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 6 inici dan bakar 150 selama 15 minit. Sejukkan.

  8. Untuk masak Kokko puding, satukan kesemua bahan dan masak atas api sederhana sehingga pekat. Sejukkan sebentar.

  9. Untuk membuat topping, pukul ke dua bahan sehingga kembang dan gebu. Rujuk video cara penyediaan tart. Sejukkan dan selamat dihidangkan.