Resepi Macaron Katon - Seminit Resepi

Macaron Katon



Resepi : Macaron Katon

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan A

  • 2 biji putih telur
  • 53 gram gula castor

Bahan B

  • 117 gram gula aising
  • 71 gram serbuk badam

Bahan Lain

  • Inti Coklat
  • Pewarna

Cara-cara

  1. Pukul putih telur hingga separuh kembang, kemudian masukkan gula kastor.

  2. Pukul hingga bertanduk. Masukkan serbuk badam dan juga gula aising sedikit demi sedikit. Kacau menggunakan kaedah kaup balik.

  3. Apabila sudah sebati, bahagikan adunan dan warnakan.

  4. Kacau adunan hingga mendapat kepekatan yang boleh membentuk reben (rujuk video)

  5. Paipkan adunan ke atas macaron mat. Keringkan 30 minit. Bakar pada suhu 145 selama 15 minit. Sejukkan.

  6. Untuk inti, paipkan inti yang anda suka.

  7. gMacaron sedap dimakan selepas satu hari di buat.