Resepi Avokado Coklat - Seminit Resepi

Avokado Coklat



Resepi : Avokado Coklat

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • 1 biji avocado
  • 1 cawan susu segar
  • ais
  • 1 tbsp susu pekat
  • Coklat callebaut
  • Coklat krimer

Cara-cara

  1. Cairkan coklat dengan sedikit susu segar.

  2. Ambil blender, lalu masukkan susu segar, Kemudian belah avokado kepada 2, dan buang biji.

  3. Ambil isi avokado dan masukkan ke dalam blender

  4. Masukkan coklat cair tadi dan susu pekat.

  5. Masukkan sedikit ais dan kisar halus

  6. Picitkan coklat krimer untuk hiasan cawan dan masukkan air yang di kisar tadi. Selamat mencuba