Resepi Ayam Goreng Cheezy Pedas - Seminit Resepi

Ayam Goreng Cheezy Pedas



Resepi : Ayam Goreng Cheezy Pedas

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Perapan Ayam

  • 4 ketul peha ayam
  • 2 tbsp serbuk cheese ori
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1/4 tsp jintan putih
  • 1/4 tsp jintan manis
  • 1 tbsp serbuk cili
  • 1/4 tsp serbuk halia
  • 1/4 tsp serbuk bawang putih
  • 4 tbsp susu segar
  • Sedikit perasa

Bahan Salut

  • 1 cawan gandum
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1/4 tsp jintan putih
  • 1/4 tsp jintan manis
  • 2 tbsp serbuk cili
  • 1 tbsp gula aising
  • Sedikit garam
  • 1/4 tsp serbuk halia
  • 1/4 tsp serbuk bawang putih
  • 1/4 tsp lada sulah

Bahan Lain

  • Minyak masak
  • Minyak canola
  • Serbuk cheese

Cara-cara

  1. Gaulkan bahan perapan dan ayam lalu perapkan sekurangnya 2 jam.

  2. Kemudian golekkan ayam dengan tepung salut dan goreng dengan minyak yang banyak.

  3. Nisbah minyak masak dan canola adalah 1:1. Jika tiada canola, boleh pakai minyak masak biasa

  4. Gaulkan serbuk cheese dengan air panas, kemudian tuangkan ke atas ayam goreng yang sudah dimasak. Sedia dihidang