Resepi Kuih Kole Kacang - Seminit Resepi

Kuih Kole Kacang



Resepi :  Kuih Kole Kacang

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan A

  • Santan pekat 500 ml
  • Secubit garam

Bahan B

  • 180 gram gula merah
  • 50 gram gula putih
  • Sedikit garam
  • 150 ml air
  • 2 helai daun pandan

Bahan C

  • 150 gram tepung kacang hijau
  • 200 ml santan pekat
  • 650 ml air
  • Secubit garam
  • 1 sudu minyak kelapa
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masakkan santan pekat sehingga menjadi tahi minyak kemudian toskan supaya minyak keluar

  2. Masukkan kesemua bahan B ke dalam periuk dan masak sehingga gula cair

  3. Satukan kesemua bahan C kecuali minyak kelapa dan santan ke dalam bekas

  4. Kacau bahan C hingga sebati dan campurkan dengan bahan B

  5. Tapiskan adunan dan masak sehingga pekat.

  6. Masukkan minyak kelapa dan juga daun pandan. Kacau hingga pekat

  7. Masukkan adunan yg sudah masak ke dalam loyang yg telah dilapik plastik

  8. Taburkan tahi minyak ke atas kuih yg telah dimasukkan ke dalam loyang. Sejukkan dan sedia dihidang