Resepi Banana Oreo Kek - Seminit Resepi

Banana Oreo Kek



Resepi :  Banana Oreo Kek

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • 50 gram tepung kek
  • 10 gram serbuk koko
  • 20 gram serbuk oreo
  • 60 gram gula aising
  • 2 biji telur
  • 1 tspn baking powder
  • Sedikit garam
  • Esen vanila
  • 35 ml air
  • 50 ml minyak jagung

Bahan Lain

  • Non dairy whipping cream
  • Oreo hancur
  • Oreo
  • Pisang

Cara-cara

  1. Hancurkan oreo menjadi serbuk

  2. Di dalam bekas bersih, satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung dan oreo serbuk. Pukul sehingga gebu

  3. Setelah itu, masukkan minyak jagung dan oreo hancur. Gaul rata sehingga sebati.

  4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar 160 selama 20 minit dan kecilkan kepada 150 dan bakar lagi 20 minit. Bergantung kepada oven masing2.

  5. Sejukkan kek dan bahagikan kepada 5 bahagian.

  6. Pukul whipping cream sehingga gebu, dan masukkan oreo hancur Sila rujuk video cara menghias kek.

  7. Sejukkan dan sedia dihidang