Resepi Cucur Ayam - Seminit Resepi

Cucur Ayam



Resepi :  Cucur Ayam

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • Sekeping dada ayam*
  • Lobak merah*
  • Daun sup*
  • Bawang besar*
  • 1 cawan gandum
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 1 tspn baking powder
  • 1/2 tspn stok ayam
  • 1 biji telur
  • Air

Cara-cara

  1. Cincang halus bahan bertanda * dan ketepikan

  2. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam mangkuk bersih, masukkan juga bahan cincang tadi.

  3. Air hendaklah dimasukkan sediki demi sedikit supaya adunnan tidak terlalu cair.

  4. Kacau sebati dan goreng dengan minyak yang panas.

  5. Apabila cucur sudah keperangan, angkat dan toskan.

  6. Cucur ayam sedia dihidang bersama sos kegemaran anda. Selamat mencuba