Resepi Cranberry cookies - Seminit Resepi

Cranberry cookies



Resepi :  Cranberry cookies

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • 227 gram unsalted butter
  • 100 gram gula kastor
  • 200 gram gandum
  • 40 gram tepung jagung
  • 1 tspn soda bikarbonat
  • 1 tspn baking powder
  • 1 tbsp esen vanila
  • 1/8 tspn garam
  • 100 gram cranberry
  • 50 gram hirisan badam

Cara-cara

  1. Satukan butter dan gula ke dalam bowl, putar sehingga gebu atau menjadi pucat warna nya.

  2. Kemudian masukkan bahan lain kecuali badam dan cranberry. Pulul sehingga sebati.

  3. Akhir sekali, masukkan badam dan cranberry. Kacau rata sahaja.

  4. Perapkan 1 jam untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.

  5. Dengan menggunakan skop aiskrim, bentukkan adunan ke atas loyang.

  6. Apabila selesai, leperkan dengan garfu. Bakar suhu 180c selama 15 minit.

  7. Sejukkan betul-betul sebelum masuk ke dalam bekas kedap udara.