Resepi Puding Trifle - Seminit Resepi

Puding Trifle



Resepi : Puding Trifle

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Kastad

  • 1 cawan kastad
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan air buahan campur
  • 1 cawan air

Bahan Jelly

  • 1 paket jelly
  • 3 cawan air

Bahan Kuah

  • 1 tin susu cair
  • 3 cawan air
  • 1/2 tin susu pekat
  • Gula
  • Esen vanila
  • 1/2 tspn serbuk agar-agar

Bahan Lain

  • Roll kek
  • Buah campur
  • Strawberry

Cara-cara

  1. Potong roll kek dan lapiskan tapak bekas yang ingin digunakan

  2. Kemudian, kita boleh buat kuah kastad. Satukan kesemua bahan kastad dan masak sehingga berkilat. Lapiskan kastad ke atas roll kek tadi. Taburkan buahan campur dan sejukkan sehingga kastad keras.

  3. Untuk membuat jelly, satukan kesemua bahan dan masak sehingga menggelegak

  4. Lapiskan lagi sekali ke atas kastad tadi. Sejukkan.

  5. Satukan kesemua bahan kuah dan masak susu hingga mendidih. Sejukkan.

  6. Tuang kuah ke atas puding trifle dan sedia dimakan sejuk. Selamat mencuba