Resepi Red Velvet Crepe Kek - Seminit Resepi

Red Velvet Crepe Kek



Resepi :  Red Velvet Crepe Kek

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Crepe

  • 6 biji telur
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan butter cair
  • Esen vanila
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • Red velvet emulco

Bahan Filling

  • 2 1/2 cawan non dairy whipping cream
  • 100 gram cream cheese

Bahan Caramel Sos

  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan dairy whipping cream
  • 20 gram butter garam

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan crepe kecuali butter ke dalam blender.

  2. Cair kan butter menggunakan microwave dan tuang ke dalam blender.

  3. Kisar halus dan buangkan buih supaya crepe kita licin dan flawless.

  4. Masak crepe menggunakan non stick pan. Ulang sehingga selesai.

  5. Putarkan bahan whipping cream hingga kembang.

  6. Kemudian lapiskan crepe dengan whipping cream.

  7. Sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam.

  8. Potong dan hidangkan bersama caramel sos.

  9. Untuk membuat caramel sos, hanguskan gula bersama sedikit air.

  10. Apabila sudah perang, tutup api dan masukkan butter. Kacau laju dan masukkan whipping cream.

  11. Perasakan dengan garam. Sejukkan dan sedia dituang ke atas kek. Selamat mencuba