Resepi Lasagna Papa - Seminit Resepi

Lasagna Papa



Resepi :  Lasagna Papa

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Sos Putih

  • 4 tbsp butter
  • 2 tbsp gandum
  • 1 cawan susu segar ( Tambah jika terlalu pekat)
  • Serbuk perasa

Bahan Sos Merah

  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 keping daging kisar
  • 1 tin kecil pes tomato
  • Cendawan shitake
  • Perasa
  • Herba campur itali

Bahan Lain

  • Lasagna sheet
  • Mozarella cheese

Cara-cara

  1. Rebus lasagna sheet terlebih dahulu bersama sedikit minyak.

  2. Pastikan sheet tidak terlalu lembik, cukup sekadar boleh dilenturkan.

  3. Apabila sheet sudah lembut, rendamkan di dalam air sejuk. Ketepikan Sekarang, kita perlu buat sos merah pula.

  4. Tumis bawang sehingga naik bau, kemudian masukkan daging kisar.

  5. Tumis sehingga air daging kering

  6. Masukkan tomato pes dan herba campur. Perasakan dan ketepikan

  7. Untuk membuat sos putih, cair kan butter terlebih dahulu dan masukkan tepung gandum.

  8. Apabila sudah pekat, masukkan susu segar. Masak sehingga pekat dan perasakan.

  9. Sekarang, kita perlu melapiskan lasagna. (rujuk video)

  10. Bakar lasagna pada suhu 180 selama 20 minit atau mozarella cheese sudah keperangan. Sedia dihidang panas. Selamat mencuba