Resepi Sup Cendawan - Seminit Resepi

Sup Cendawan



Resepi :  Sup Cendawan

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Sup Cendawan

  • 1/2 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 6 ketul cendawan butang*
  • 1/2 biji bawang besar
  • 6 ketul cendawan butang
  • 1 tbsp butter
  • 2 cawan susu segar
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 1 tbsp serbuk lada hitam
  • Parsley
  • Kiub pati ayam

Bahan Roti Bawang Putih

  • 3 tbsp butter
  • Parsley
  • 5 ulas bawang putih

Cara-cara

  1. Kisar bahan yang bertanda * dengan sedikit air.

  2. Kemudian cair kan butter di dalam periuk. Pastikan api tidak terlalu kuat supaya butter kita tidak hangus.

  3. Masukkan bahan kisar tadi dan masak seketika.

  4. Cincang halus bawang besar dan juga cendawan butang, masukkan ke dalam periuk.

  5. Kemudian masukkan susu segar, lada hidam dan juga kiub pati ayam. Jangan lupa masukkan parsley.

  6. Akhir sekali, masukkan air campuran tepung gandum. Masak sehingga pekat dan ketepikan.

  7. Tumbuk halus bawang putih, dan campurkan dengan butter dan parsley. Kacau rata.

  8. Sapukan roti perancis dengan butter bawang putih, dan bakar seketika.

  9. Sup cendawan sedia dihidang bersama roti bawang putih. Selamat mencuba