Resepi Ayam Butter Telur Masin - Seminit Resepi

Ayam Butter Telur Masin



Resepi :  Ayam Butter Telur Masin

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Perapan Ayam

  • Dada ayam
  • 2 tbsp tepung beras
  • Sedikit lada sulah
  • Garam

Bahan Kuah

  • 2 tbsp butter
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang cili padi
  • 3 tangkai daun kari
  • 3 biji kuning telur masin
  • 1 cawan susu cair
  • Perasa

Cara-cara

  1. Gaulkan kesemua bahan perapan ayam. Tambah tepung beras jika masak kuantiti yang banyak.

  2. Goreng ayam sehingga keperangan. Tos dan ketepikan

  3. Dalam kuali bersih, masukkan butter dan bawang putih. Pastikan api tidak terlalu panas untuk mengelakkan butter hangus.

  4. Kemudian masukkan cili padi dan daun kari. Tumis hingga berbuih

  5. Setelah itu, masukkan kuning telur masin yang kita sudah rebus. Hancur kan. 

  6. Masukkan pula susu cair dan sedikit perasa Masak sehingga berbuih dan pekat.

  7. Akhir sekali, masukkan ayam tadi dan sedia dihidang. Selamat mencuba