Resepi Kek Coklat Lembap - Seminit Resepi

Kek Coklat Lembap



Resepi :  Kek Coklat Lembap

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan A

  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu segar
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam

Bahan B

  • 1/2 cawan tepung kek
  • 1/2 tsp serbuk penaik

Bahan Lain

  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan dairy whipping cream
  • Coklat callebaut
  • 20 gram unsalted butter

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan A (kecuali telur) ke dalam periuk. Masak api perlahan sehingga adunan sedikit suam.

  2. Kemudian masukkan telur satu per satu. Kacau rata Selepas itu, masukkan pula bahan B. Kacau rata.

  3. Masukkan ke dalam aluminium foil dan kukus selama 25 minit. Cucuk guna lidi untuk tahu sama ada kek sudah masak atau belum.

  4. Sejukkan Untuk membuat topping, satukan kesemua bahan kecuali coklat callebaut.

  5. Kacau sehingga coklat suam, kemudian masukkan coklat. Kacau sehingga coklat cair.

  6. Curahkan coklat di tengah-tengah kek. Hias dan sedia dihidang panas.