Resepi Laksam - Seminit Resepi

Laksam



Resepi :  Laksam

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Laksam

  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 5 cawan air suam

Bahan Kuah

  • 4 ekor ikan kembung
  • 5 biji bwang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 tbsp lada hitam
  • 1/2 inci halia
  • 2 asam keping
  • 1 cawan santan
  • 1 batang serai
  • gula
  • Garam
  • Air secukupnya

Bahan Sambal

  • Cili padi
  • Gula
  • Garam
  • Cuka

Bahan Sayur

  • Kubis
  • Bunga
  • kantan
  • Daun kesum
  • Kacang panjang
  • Timun

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan untuk buat laksam dan kacau rata. Kemudian ambil 1 loyang dan sapukan dengan minyak.

  2. Tuang adunan laksam ke atas loyang. Kukus 5 minit. Apabila sudah sejuk, gulung kan laksam tadi. Ulang sampai habis dan ketepikan.

  3. Untuk membuat kuah, rebus ikan bersama asam keping dan juga sedikit garam.

  4. Apabila sudah masak, perisikan isi ikan sahaja.

  5. Kisar bawang, halia, lada hitam, dan isi ikan bersama air rebusan ikan tadi.

  6. Tuang kan di dalam periuk. Kemudian masukkan santan dan serai.

  7. Masak seketika dan perasakan dengan gula dan garam. Jangan masak terlalu lama untuk mengelakkan santan kita pecah minyak.

  8. Kisar halus kesemua bahan untuk buat sambal. Perasakan.

  9. Hiris halus segala ulaman yang ada.

  10. Laksam sedia dihidang bersama kuah, ulam dan sambal. Selamat mencuba.