Resepi Creampuff Durian - Seminit Resepi

Creampuff Durian



Resepi :  Creampuff Durian

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan craquelin

  • 35 gram salted butter
  • 20 gram gula kastor
  • 35 gram tepung kek
  • sedikit pewarna kuning

Bahan Coux

  • 100 ml susu segar
  • 20 gram unsalted butter
  • 1/2 cawan tepung kek
  • 2 biji telur
  • Esen vanila

Bahan Cream Durian

  • 1 cawan non dairy whipping cream
  • 1 cawan isi durian

Cara-cara

  1. Kita perlu sediakan craquelin terlebih dahulu.

  2. Kacau butter dan gula kastor hingga sedikit kembang, masukkan tepung kek dan pewarna kuning. Kacau rata

  3. Leperkan di atas parchment paper dan sejukkan dalam peti.

  4. Di dalam periuk bersih, satukan susu segar dan juga butter. Masak hingga mendidih. Masukkan esen vanila.

  5. Kemudian masukkan tepung kek dan masak seketika.

  6. Sejukkan adunan terlebih dahulu sebelum masuk telur.

  7. Masukkan telur satu per satu. Jika adunan terlalu pekat, boleh tambahkan air sedikit.

  8. Paipkan coux ke atas loyang, semburkan sedikit air untuk puff jd lebih gebu.

  9. Ambil craquelin tadi, dan terap menggunakan cookie cutter. Letakkan ke atas coux. Bakar suhu 180 selama 30 min. Biar seketika.

  10. Ambil bowl bersih, satukan whipping cream dan juga isi durian. Pukul hingga kembang.

  11. Paipkan krim ke dalam coux yg telah sejuk. Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.