Resepi Mee Sizzling - Seminit Resepi

Mee Sizzling



Resepi :  Mee Sizzling

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Tumis

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 bawang holland
  • 5 tangkai cili kering

Bahan Lain

  • Ayam
  • 1 cawan cendawan shitake
  • 3 tbsp sos tiram
  • 5 tbsp kicap manis
  • Lada hitam
  • 3 tbsp kicap cair
  • 5 tbsp tepung jagung
  • Air secukupnya
  • Telur
  • Sawi
  • Yee mee
  • Stok ayam

Cara-cara

  1. Hiris atau tumbuk bahan tumisan terlebih dahulu (kecuali cili kering) dan tumis sehingga naik bau.

  2. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, kicap cair dan juga lada hitam.

  3. Masukkan ayam dan cendawan shitake yang telah dipotong kecil.

  4. Biarkan sehingga mendidih, lalu masukkan air.

  5. Ikut banyak mana sizzling yang ingin di masak Biarkan menggelegak sehingga ayam cukup empuk.

  6. Perasakan dengan stok ayam jika mahu.

  7. Kemudian masukkan air tepung jagung dah masak hingga pekat.

  8. Di dalam clay pot, masukkan segenggam yee mee dan tuangkan kuah tadi.

  9. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Biar sehingga telur masak. Yee mee sedia dihidang.