Resepi Ikan Patin Tempoyak - Seminit Resepi

Ikan Patin Tempoyak



Resepi :  Ikan Patin Tempoyak

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Kisar

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 tbsp tempoyak
  • 15 batang cili padi (ikut kepedasan)

Bahan Lain

  • 1 ekor ikan patin
  • 1 batang timun
  • secekak daun kesum
  • 1 bunga kantan
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 asam keping
  • gula
  • Garam 
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. Kisar halus bahan kisar bersama sedikit air.

  2. Masukkan dalam kuali dan tambah kan air.

  3. Masukkan pula timun yang dipotong kecil.

  4. Masak sehingga timun agak lembut.

  5. Kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum dan daun kunyit.

  6. Masukkan juga ikan dan asam keping.

  7. Tambahkan tempoyak jika inginkan lebih pekat.

  8. Perasakan dan sedia dihidang.