Resepi Hokkaido chiffon cup cake - Seminit Resepi

Hokkaido chiffon cup cake



Resepi :  Hokkaido chiffon cup cake

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan A

  • 3 biji kuning telur
  • 20 gram gula kastor
  • 40 ml minyak jagung
  • 40 ml susu segar
  • 60 gram tepung kek
  • Esen vanila

Bahan B

  • 3 biji putih telur
  • 40 gram gula kastor

Bahan Caramel

  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan whipping cream
  • 1 tbsp unsalted butter
  • sedikit garam

Bahan Lain

  • 1 cawan non dairy whipping cream

Cara-cara

  1. Asingkan putih dan kuning telur terlebih dahulu.

  2. Pukul kuning telur dan gula sehingga pucat.

  3. Kemudian masukkan minyak jagung, susu segar dan juga esen vanila. Kacau sebati, dan masukkan tepung kek. Kacau rata. Ketepikan.

  4. Dalam mixing bowl, pukul putih telur bersama gula sehingga bertandung.

  5. Satukan adunan A adan B secara berperingkat. (Rujuk video)

  6. Sudipkan adunan ke dalam cup cake paper, isikan 3/4 penuh cup. Bakar suhu 160c selama 20 minit.

  7. Pukul whipping cream sehingga kembang. Pastikan whipping cream betul-betul sejuk.

  8. Paipkan whipping cream ke atas kek tadi, dan hias mengikut kreativiti.

  9. Sejukkan dan sedia dihidang