Resepi Toasted Korean Street Food - Seminit Resepi

Toasted Korean Street Food



Resepi :  Toasted Korean Street Food

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan

  • Kubis
  • Lobak merah
  • Daun bawang
  • Telur
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • Roti
  • Marjerin
  • Gula
  • Sos cili

Cara-cara

  1. Hiris halus kubis dan juga lobak merah. Potong daun bawang 1 inci panjang. Satukan kesemua bahan.

  2. Dalam jug bersih, ambil sedikit sayuran tadi, dan pecahkan sebiji telur.

  3. Perasakan dengan lada hitam dan lada sulah. Kacau rata sambil menghancurkan sedikit sayuran tadi.

  4. Panas kan pan dengan sedikit marjerin, masak adunan sayuran tadi seperti 'pan-cake' Pastikan api tidak terlalu panas.

  5. Apabila pan cake sudah masak, ketepikan.

  6. Bakar 2 keping roti dengan sedikit marjerin.

  7. Lapiskan roti dengan pancake tadi, dan letakkan sedikit gula bersama sos cili.