Resepi Kuey Teow Tomato - Seminit Resepi

Kuey Teow Tomato



Resepi :  Kuey Teow Tomato

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan 

  • 5 ulas bawang putih
  • 3 tbsp cili giling
  • 1 cawan isi ayam
  • 2 biji tomato
  • 2 paket kuehtiow
  • Fishcake
  • Sawi
  • 2 biji telur
  • Kicap manis
  • Kicap cair
  • Air secukupnya
  • Daun kucai
  • Taugeh

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang putih dan tumis bersama cili giling.

  2. Apabila sudah pecah minyak, masukkan isi ayam yang dipotong kecil.

  3. Kemudian masukkan kicap cair dan kicap manis.

  4. Masukkan juga air, tomato dan telur.

  5. Apabila sudah menggelegak,masukkan kueh tiow dan sawi.

  6. Kemudian masukkan pula daun kucai dan juga taugeh. Kueh tiow tomato sedia dihidang panas