Resepi Kuih Koci Labu - Seminit Resepi

Kuih Koci Labu



Resepi :  Kuih Koci Labu

*Editor tersalah edit tepung beras  di Video. Ikut resepi di bawah ya.

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Inti

  • 1 cawan kelapa muda
  • 2 keping gula nipah/melaka
  • Sedikit air

Bahan Kulit

  • 200 gram labu
  • 200 gram tepung pulut (tambah jika perlu)
  • Bahan kastad
  • 200 ml santan
  • 200 ml air
  • 2 tbsp tepung beras
  • Sedikit garam

Bahan Lain

  • Daun Pisang

Cara-cara

  1. Cairkan gula nipah bersama sedikit air. Letak daun pandan untuk wangi. Kemudian masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering. Sejukkan.

  2. Potong labu kecil-kecil supaya cepat empuk. Rebus sehingga empuk. Keluarkan dan lenyekkan labu. Ketepikan.

  3. Satukan kesemua bahan untuk kuah kastad tadi, masak sehingga mendidih. Ketepikan.

  4. Uli tepung beras bersama labu tadi. Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.

  5. Ambil sedikit doh, kemudian isikan dengan kelapa manis tadi. Celupkan dengan kuah kastad.

  6. Balutkan kuih dengan daun pisang yang di layurkan terlebih dahulu ( rujuk video)

  7. Kukus selama 10-15 minit. Sedia dihidang