Resepi Bibimbap- Seminit Resepi

Bibimbap



Resepi :  Bibimbap

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Perapan Daging

  • 250 gram daging
  • 2 tbsp kicap cair
  • 1 tbsp madu
  • 1 tbsp bawang putih cincang
  • 1 tspn minyak bijan
  • Sedikit bijan sangai

Bahan Sayur

  • Taugeh
  • Lobak merah
  • Bayam
  • Zucchini
  • Timun jepun
  • Cendawan shitake

Bahan Lain

  • Bawang putih
  • Minyak bijan
  • Bijan sangai
  • Gochujang (wajib)
  • Kicap cair
  • Stok ayam
  • Telur

Cara-cara

  1. Potong daging kepada bentuk mancis, dan satukan kesemua bahan. Perapkan 30 minit.

  2. Hiris halus lobak, zucchini, timun dan cendawan. Gaulkan dengan garam (kecuali cendawan) dan ketepikan supaya air dari sayuran keluar.

  3. Rebuskan air, dan celurkan bayam. Kemudian potong bayam dan letakkan minyak bijan dan juga bijan sangai. Ketepikan.

  4. Rebus air bersama taugeh, dan perasakan dengan stok ayam. Rebus selama 10 minit sahaja. Keluar kan taugeh dan ketepikan

  5. Dalam pan bersih, masak lobak bersama sedikit minyak. Ketepikan.

  6. Masak pula zucchini bersama sedikit minyak bijan dan bawang putih. Sama juga cara masak timun jepun. Ketepikan.

  7. Masak cendawan shitake bersama 1 tbsp kicap cair, dab bawang putih. Ketepikan. Masak daging sehingga air kering. Ketepikan.

  8. Dalam mangkuk bersih, letak kan nasi dan juga semua bahan yang kita sediakan tadi. (Rujuk video)

  9. Letakkan telur mata kerbau dan 1 tbsp gochujang berserta minyak bijan dan taburan bijan sangai.

  10. Bibimbap sedia dimakan panas bersama sup taugeh. Selamat mencuba