Resepi Roti Titab- Seminit Resepi

Roti Titab



Resepi :  Roti Titab

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Roti

  • 290 gram tepung roti
  • 160 ml air
  • susu segar
  • 1 paket yis kering
  • 1 tspn bread improver
  • 1 biji telur
  • 30 gram margerin
  • Secubit garam

Bahan Lain

  • Telur
  • Kaya

Cara-cara

  1. Campurkan yis kering dan juga susu suam. Biarkan 5-10 minit.

  2. Dalam bowl bersih, satukan kesemua bahan lain kecuali telur. Ramas-ramas kan sehingga sebati.

  3. Masukkan pula adunan yis dan telur tadi. Uli selama 10 minit jika menggunakan mixer, uli 20 minit jika menggunakan tangan.

  4. Perap adunan selama 15 minit, dan uli kembali selama 5 minit. Perapkan kembali adunan.

  5. Setelah itu, masukkan adunan roti ke dalam loyang. Sapukan kuning telur atau susu segar.

  6. Perap 15 minit dan bakar suhu 150 selama 20 minit.

  7. Sementara itu, panaskan air di dalam periuk sehingga menggelegak, kemudian padam kan api. Masukkan telur dan biar selama 4 minit.

  8. Keluarkan telur dan ketepikan Apabila roti sudah masak, potong roti sedikit tebal dan bakar.

  9. Pecah kan telur rebus tadi dan letakkan kaya. Roti titab sedia dihidang