Resepi Kueh Tiaw Kungfu - Seminit Resepi

Kueh Tiaw Kungfu



Resepi :  Kueh Tiaw Kungfu

Buku Resepi : www.seminitresepi.my

Bahan Kuehtiaw Untuk Seorang

  • Segenggam kueh tiaw
  • 1 biji telur

Bahan Kuah Untuk 5 orang

  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang cili padi
  • 10 ekor udang
  • 3 ekor sotong
  • Lobak merah
  • Kubis bunga
  • Sawi
  • Fishball
  • Jagung muda
  • Air
  • Kiub ayam
  • 1 biji telur
  • 5 tbsp tepung jagung

Cara-cara

  1. Goreng udang dan sotong dengan sedikit minyak. Kemudian ketepikan.

  2. Tumis bawang putih dan cili padi yang ditumbuk. Apabila sudah naik bau, masukkan kubis putih, lobak merah dan jagung muda. Masukkan air secukupnya.

  3. Apabila sudah menggelegak, masukkan fish ball dan perasakan.

  4. Kemudian, masukkan pula sawi dan juga tomato. Masukkan juga telur yang sudah di kacau terlebih dahulu.

  5. Akhir sekali, masukkan pula air tepung jagung. Bila sudah pekat, masukkan balik udang dan sotong tadi. Ketepikan.

  6. Kacau kueh tiaw dan telur. Goreng garing. Tuang kuah ke atas kueh tiaw.

  7. Sedia dihidang bersama cili potong